Aljoofre Meredah Usia

Jadual Kuliah – Ogos 2010

August 3rd, 2010 by Aljoofre

Berikut adalah jadual kuliah saya yang faqir insyaAllah pada bulan Ogos 2010 (insyaAllah dikemaskini mengikut perubahan):

2 Ogos: Zohor – Bank Islam Malaysia Berhad (Bidayatul Hidayah)
Maghrib – Casa Subang

3 Ogos: Maghrib – Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves

4 Ogos : Maghrib – Al-Mukarramah, Sri Damansara (Feqh Munakahat)

6 Ogos : Asar – Menara Maybank
Maghrib – Bukit Putra, Bangi (Risalatul Mu’awanah)

7 Ogos : Maghrib – Country Homes (Feqh Munakahat)

8 Ogos : Subuh – Fatimah Azzahra’, Taman Kosas Ampang
Maghrib – Al-Fateh, Bandar Tasik Kesuma, Beranang (Ceramah Tarhib Ramadhan)

9 Ogos : Maghrib – Masjid Al-Ikhlas, Sri Melati (Feqh Sirah)

10 Ogos : Singapura

11 Ogos : Tarawih – Masjid Al-Ikhlas, Sri Melati

12 Ogos: Zohor – Takaful Ikhlas (Bulughul Maram)
Tarawih – Raja Uda, Pelabuhan Kelang

13 Ogos : Jumaat – Masjid Al-Ikhlas, Sri Melati
Tarawih – Masjid Bandar Baru Ampang

14 Ogos : Tarawih – Seri Selangor, Jalan Sanpeng

15 Ogos : Tarawih – Assyakirin, Gombak

16 Ogos : Zohor – Bank Islam Malaysia Berhad (Bidayatul Hidayah)
Tarawih – Darul Hidayah, Dusun Tua

17 Ogos : Tarawih – Al-Mawaddah, Green Valley, Bandar Tasik Puteri

18 Ogos : Tarawih – Al-Kautsar, Bandar Tasik Puteri

19 Ogos : Zohor – Takaful Malaysia
Tarawih – Darul Hidayah, Pinggiran Batu Caves

20 Ogos : Tarawih – Country Homes

21 Ogos : Subuh – Al-Furqan, Bandar Tasik Puteri
Tarawih – Al-Azhar, Sri Damansara

22 Ogos : Subuh – Balai Polis PJ
Dhuha – Country Homes
Tarawih – Al-Falah, USJ 9

23 Ogos : Zohor – MIMOS
Tarawih – Kg Melayu Sri Kundang

24 Ogos : Tawarih – Arrafiq, Kota Damansara

25 Ogos : Zohor – Takaful Ikhlas (Bulughul Maram)
Tarawih – Al-Islahiah, Kuang

26 Ogos : Zohor – Celcom PJ
Tarawih – Al-Ikhlas, Sri Melati

27 Ogos : Jumaat – Merbau Sempak

28 Ogos : Maghrib – Al-Azhar, Sri Damansara (Hak Ibu Bapa Terhadap Anak-anak)

29 Ogos : Subuh – Merbau Sempak (Bidayatul Hidayah)
Dhuha – Raja Uda, Pelabuhan Kelang

30 Ogos : Tarawih – Chengal Utama, Seremban

31 Ogos : Subuh – Al-Mukarramah, Sri Damansara
Tarawih – Country Homes

Mohon kalian doakan.

Allahumarzuqnas sidqa fil qaul, wal-ikhlasa fil-’amal

Filed under Dakwah having 5 Comments »

Jadual Bulan Julai 2010

June 29th, 2010 by Aljoofre

Berikut adalah jadual kuliah saya yang faqir insyaAllah pada bulan Julai 2010 (insyaAllah dikemaskini mengikut perubahan):

2 Julai : Selepas Asar :  Think Islamic Way : Surau Menara Maybank, Kuala Lumpur
Selepas Maghrib :  Risalatul Mu’awanah (The Book of Assistance) : Bukit Putra (berhampiran KUIS)

3 Julai : Selepas Maghrib : Fiqh Munakahat : Country Homes, Rawang

4 Julai : Selepas Maghrib : Bidayatul Hidayah : Masjid Assyakirin, Gombak

5 Julai : 1 – 2 Petang  : Bidayatul Hidayah : Bank Islam, Jalan Dungun, Bukit Damansara
Selepas Maghrib : Kuliah Maghrib : Surau Casa Subang

7 Julai : Selepas Maghrib : Fiqh Munakahat : Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara

8 Julai : 9.00 pagi  : Kuliah Mahasiswa: Mentaliti Da’i Profesional : Cheras
12.30 tengahari  : Bulughul Maram : Takaful Ikhlas, Bangsar
Selepas Maghrib : Feqh Sirah : Pinggiran Batu Caves

9 Julai : 12.30 tengahari   : Tazkirah dan Khutbah : Masjid Al-Ikhlas, Sri Melati
9 malam : Forum : Sabak Bernam

10 Julai: Selepas Maghrib : Ceramah : Isra’ Walmi’raj : Masjid Kota Warisan

11 Julai : Selepas Subuh : Masjid Merbau Sempak
Selepas Maghrib : Feqh Mu’amalat : Bandar Tasik Puteri, Rawang

12 Julai : Selepas Maghrib : Feqh Sirah : Masjid Al-Ikhlas, Sri Melati

13 Julai : Selepas Maghrib : Ceramah : Isra’ Walmi’raj : Masjid Hulu Langat

14 Julai : Singapura

15 Julai : 1 – 2 Petang  : Celcom Petaling Jaya
Selepas Maghrib : Surau Selayang Utama

16 Julai : 12.30 tghr : Tazkirah Jumaat : Masjid Al-Falah, USJ

17 Julai : Selepas Maghrib : Aqidah : Surau Al-Azhar, Sri Damansara

18 Julai : 8.00 pagi : Ijtimak Pemuda : Pulau Pinang
Selepas Maghrib : Bidayatul Hidayah : Masjid Assyakirin, Gombak

19 Julai :  1 – 2 Petang : Bidayatul Hidayah : Bank Islam, Jalan Dungun, Bukit Damansara
Selepas Maghrib : Kuliah Maghrib : Masjid Al-Falah, USJ

20 Julai : Selepas Maghrib : Kuliah Maghrib : Green Valley, Bandar Tasik Puteri

21 Julai : Selepas Maghrib : Bidayatul Hidayah : Masjid Assyarif Simpang Tiga, Gombak

22 Julai : 12.30 tengahari  : Bulughul Maram : Takaful Ikhlas, Bangsar
Selepas Maghrib : Feqh Sirah : Pinggiran Batu Caves

23 Julai : Selepas Maghrib : Alfalah, Selayang Jaya

24 – 31 Julai : Mesir insyaAllah

Mohon kalian doakan.

Allahumarzuqnas sidqa fil qaul, wal-ikhlasa fil-’amal

Filed under Dakwah, Kelas, Musafir having 3 Comments »

Al-Habib Abdul Qadir Assaggaf dan diriku yang faqir

April 5th, 2010 by Aljoofre

Abah menelefon pagi semalam dengan berita yang sangat menyedihkan. Al-Habib Abdul Qadir Assaggaf meninggal dunia di Jeddah. Saya tanya, pastikah? Kerana keuzuran beliau sejak 10 tahun yang lalu, sudah kerap berita kewafatannya terdengar. Tapi kali ini ia berita yang benar. Berita yang pasti datang jua walaupun kita berharap ia tidak datang.

Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assaggaf tidak perlu saya perkenalkan. Hampir keseluruhan ulama tasawuf bersepakat beliau adalah Qutub (antara maqam tertinggi dalam bidang kesufian) di zaman ini. Dakwah beliau ke seluruh dunia pada masa manusia jauh dari Maha Pencipta.

Terus saya terimbau kenangan berada dalam rohah (majlis ilmu) di rumah beliau di Jeddah 10 tahun yang lalu. Apabila beliau dibawa masuk sahaja ke dalam majlis, terasa satu kelainan yang sangat. Sesiapa sahaja memandang wajah beliau akan mengingati akhirat dan rindukan Rasulullah.

Allah Ta’ala memilihku untuk bersama beliau selepas majlis selesai. Ketika ratusan hadirin lain bersiap untuk pulang, Alhamdulillah saya dipelawa untuk naik ke tingkat atas, bersama beliau di sisi katil beliau di dalam bilik beliau. Tiada lain yang saya pinta ketika itu melainkan doa beliau. Alhamdulillah walau dengan keuzuran, bait-bait doa dan diakhiri “wa ila hadratinnabi”.. jelas kedengaran. Agak lama saya dapat menamani beliau di birai katil. Detik-detik yang sangat indah.

Pertemuan tersebut bukan pertemuan pertama tetapi rupanya pertemuan terakhir secara jasad di alam dunia. Moga kita dapat bersamanya nanti di akhirat bersama menghirup air telaga Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Setiap kali pertemuan dengan beliau, apa yang saya ingat adalah senyuman manis beliau. Kelembutan beliau dalam berbicara. Bait kalimahnya yang sangat teratur lagi mengingatkan Allah dan Rasul. Ketegasan beliau dalam hukum hakam syariat. Bisa bergetar jiwa setiap kali mengucup tangan beliau yang mulia.

Saya dinamakan oleh beliau dengan nama beliau. Saya ditahnik oleh beliau. Air liur beliau yang mulia bercampur dengan air liur saya. Saya bertemu lagi dengan beliau ketika berusia 6 tahun di Kuala Lumpur. Gambar kenangan saya berdua bersama beliau masih tersimpan rapi.  Akhirnya bertemu buat kali terakhir di bilik beliau di Jeddah dan mendapat doa beliau.

Saya faqir dan tiada memiliki apa. Tidak layak saya yang berdosa ini mendapat segala itu. Moga kasih sayang Allah pada beliau tertumpah jua pada diri saya yang hina ini. Itulah yang saya pohon selalu.

Titisan air mata di dalam mimpi malam tadi sangat indah.. Moga ia penghibur hati ini selamanya..

Sila berkunjung ke link di bawah untuk lebih mengenali Al-Habib Abdul Qadir:

Al-Fanshuri

Bahrusshofa

Malam tadi saya menyebutkan sebuah hadis di dalam kuliah. Akhir zaman, Allah mengambil nyawa para ulama. Akhirnya manusia memilih pemimpin yang jahil. Apabila mereka ditanya, mereka menjawab dengan salah, sesat lagi menyesatkan.

Isu Kalimah Allah

January 7th, 2010 by Aljoofre

ISU KEBENARAN MAHKAMAH TINGGI TERHADAP

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH GEREJA KATOLIK

Oleh :

Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis

Dewan Ulama PAS Pusat

Pengenalan :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. Keputusan demikian dibuat dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Isu ini timbul apabila pihak Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan Gereja Katolik tersebut daripada menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayu mereka. Tajuk artikel yang ditulis sebelum ini dalam penerbitan tersebut yang menggunakan perkataan Allah ialah : Kasih Allah; Tidak Membeza-bezakan.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya. Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Baca seterusnya »

Filed under Dakwah having 6 Comments »

Layalin ‘Asyr

November 21st, 2009 by Aljoofre

Salam buat semua.

Sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, dakwah, tarbiah, usrah, organisasi dan haraki, terlupa saya untuk memasukkan di sini kembali entri lama saya di blog lama saya berkenaan amalan zulhijjah. Moga tak terlambat untuk sama-sama kita perbanyakkan amalan.

Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Fajr, ayat 1-2 yang lebih kurang ertinya:

“Demi waktu Fajar, dan malam yang sepuluh”

Para Ulamak berselisih pada tafsiran ayat di atas. Al-Imam Assuyuthi di dalam Tafsirnya mengatakan Al-Fajr di daam ayat tersebut membawa erti setiap pagi secara mutlak. Sesetengah ulamak pula mengatakan, pagi hari pertama Zulhijjah, ada yang mengatakan pagi 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dan ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pagi 10 Zulhijjah.

Malam yang sepuluh atau Walayalin Asyr di dalam ayat yang kedua pula mempunyai tiga tafsiran. Sesetengah Ulamak mengatakannya sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tafsiran kedua, ia adalah sepuluh malam pertama bulan Muharram. Tasfiran yang ketiga dan masyhur seperti dipersetujui oleh Imam Suyuthi, yang dimaksudkan di sini adalah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah. Pendapat ini juga disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Addimasyqi As-Syafie.

Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram. Sebahagian ulamak mengatakan, antara ketiga-tiga himpunan tersebut, 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah yang paling mulia, kerana padanya terdapat Hari Tarwiah (8 Zulhijjah), Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Nahr (10 Zulhijjah), selain ia merupakan penutup kepada Asyhurum Ma’lumat (bulan-bulan yang dimaklumkan untuk melakukan ibadah Haji).

Selain itu, fadilat bulan Zulhijjah ini sebagai salah satu bulan Haram yang mulia tidak perlu disebutkan lagi di sini dan umum patut sudah mengetahuinya.

Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, rebutlah peluang untuk mengecas semula bateri keimanan kita yang kian pudar, dan menggarap sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya dengan memuliakan hari-hari ini. Marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kita secara umum dan mempertingkatkan lagi kualiti ibadah yang sedia ada.

Ulamak Salafussoleh juga menganjurkan kita memperbanyakkan bacaan-bacaan di bawah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah. (Maaf, ada masalah pada Arabic Font, jadi perlu ditransliterasikan ke rumi)

La Ilaha Illallah ‘adadad duhur
La Ilaha Illallah ‘adada amwajil buhur
La Ilaha Illallah ‘adadan nabati wassyajar
La Ilaha Illallah ‘adadal qutri walmator
La Ilaha Illallah ‘adada lamhil ‘uyun
La Ilaha Illallah khairum mimma yajma’un
La Ilaha Illallah min yaumina hadza ila yaumi nufikha fis sur

Ana sebutkan tujuh zikir sahaja daripada banyak lagi zikir yang dianjurkan, kerana tujuh zikir di atas adalah yang paling masyhur dan disepakati oleh para salafussoleh. Untuk mendapatkan lagi zikir yang lain rujuklah kepada tok-tok guru yang mulia.

Usah dilayan pula mereka yang ditimpa “Mental Block” sehingga mengatakan amalan ini bid’ah yang haram dan sebagainya. Biarkan sahaja mereka dengan khayalan mereka. KIta teruskan beribadat mengikut sunnah dan memperbanyakkan zikir, moga ditenangkan hati-hati kita oleh Allah dengan mengingati-Nya. Semoga kita diberi kemudahan oleh Allah untuk merebut peluang yang diberikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Amiin.

Terjemahannya di sini.

———————————————————————————

Alhamdulillah, putera saya, Abdul Rahman, sudah pun berusia 3 tahun pada tanggal 4 November yang lalu. Doakan agar dia menjadi insan yang soleh lagi musleh, bertaqwa, penyejuk hati ibu dan bapa, menjadi pejuang agama Allah.

Abdul Rahman 3 tahun


Syaikh Sya’rawi

October 17th, 2009 by Aljoofre

Mula-mula saya menjejakkan kaki ke Mesir dahulu, video di bawah saya tontoni di komputer seorang sahabat. Semangat saya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia bersama para ulama meluap-luap. Saya terus jatuh cinta dgn Syaikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, lantas menggali dan mencari khazanah ilmu beliau serta mengenali dengan lebih dekat dengan beliau.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, ketika kunjungan saya dan beberapa orang sahabat ke maqam beliau di Mit Ghamr (tak jauh dari Mansurah, Mesir), kami diberi penghormatan untuk duduk ekslusif di dalam maqam bersama anak beliau yang paling rapat dan mewarisi beliau, Syaikh Abdul Rahim, dan penulis ensiklopedia Syaikh Sya’rawi. Dari kedua mereka saya dapat pelbagai input berguna tentang Syaikh Sya’rawi. Hubungan kami tidak terhenti dengan ziarah maqam tersebut, malah berlanjutan selepas itu.

Saya mendapat input, khususnya dari Syaikh Abdul Rahim, tentang kesufian Syaikh, tawadhu’nya, peranan beliau dalam demonstrasi Kem David, peranan beliau dengan kerajaan Anuar Sadat, kebangkitan rakyat di Algeria, penghormatan rakyat Mesir kepada beliau, dan pelbagai lagi kisah yang umum tidak mengetahui. (InsyaAllah jika berkesempatan, suatu hari nanti saya ingin mencurahkannya di dalam tulisan).

Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.

Filed under Dakwah, haraki having 5 Comments »

Belajarlah “Tidak Tahu”!

September 3rd, 2009 by Aljoofre

Saya tertarik dengan status YM seorang sahabat di Mesir di dalam Bahasa Arab yang maknanya lebih kurang begini:

Belajarlah “aku tidak tahu”, kerana jika engkau belajar “aku tidak tahu“, mereka akan mengajar engkau sehingga engkau tahu, tetapi jika engkau belajar “aku tahu” maka mereka akan bertanya engkau sehingga engkau tidak tahu!!

Boleh faham kot..

Pulang ke Malaysia ni, saya ditanya pelbagai soalan. Ada yang bertanya begini, “Saya dengar orang kata hukum A begini….”  atau ” Kakak saya kata saya wajib buat begini kerana saya lakukan kesalahan tu” dan pelbagai soalan yang senada.

Saya terfikir. Mudah betul masyarakat kita mengeluarkan hukum syara’ ya.

Baca seterusnya »

Filed under Dakwah, Soal Jawab having 8 Comments »

Selamat Tiba

August 17th, 2009 by Aljoofre

Alhamdulillah, dengan ‘inayah Allah, saya dan keluarga telah selamat tiba di Singapura pagi ini. Perjalanan telah dimudahkan oleh Allah. InsyaAllah saya akan berada di Kota Singa ini dua atau tiga hari sebelum ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan saya seterusnya.

Terima kasih buat sahabat-sahabat dan adik-adik yang mendoakan kepulangan saya dan ber”wida’”. Banyak pula majlis perpisahan yang diadakan. Akhirnya malam terakhir, diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. MasyaAllah ramai sungguh yang hadir. Terharu saya. Lepas satu-satu hadiah saya dapat. Tapi apa yang saya lebih harapkan adalah doa kalian.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat ceramah/kuliah/tazkirah di Malaysia dan Singapura bolehlah menghubungi saya di alamat syedkadir@gmail.com atau hubungi +6017-7770282

Doakan tau…

Filed under Musafir, Peribadi having 10 Comments »

Akhlak Islam: Pencuri Memeluk Islam

June 4th, 2009 by Aljoofre

Subhanallah. Saya tertarik dengan berita ini:

NEW YORK (CNN) — A potential victim became a compassionate counselor during a recent robbery attempt, changing the would-be criminal’s mind — and apparently his religion.

Mohammad Sohail said he gave his would-be robber a new Muslim name -- Nawaz Sharif Zardari.

Surveillance video shows storekeeper Mohammad Sohail holding a robber at bay with a shotgun.

Storekeeper Mohammad Sohail was closing up his Long Island convenience store just after midnight on May 21 when — as shown on the store’s surveillance video — a man came in wielding a baseball bat and demanding money.

“He said, ‘Hurry up and give me the money, give me the money!’ and I said, ‘Hold on’,” Sohail recalled in a phone interview with CNN on Tuesday, after the store video and his story was carried on local TV.

Sohail said he reached under the counter, grabbed his gun and told the robber to drop the bat and get down on his knees.

“He’s crying like a baby,” Sohail said. “He says, ‘Don’t call police, don’t shoot me, I have no money, I have no food in my house.’ ”

Amidst the man’s apologies and pleas, Sohail said he felt a surge of compassion.

He made the man promise never to rob anyone again and when he agreed, Sohail gave him $40 and a loaf of bread.

“When he gets $40, he’s very impressed, he says, ‘I want to be a Muslim just like you,’ ” Sohail said, adding he had the would-be criminal recite an Islamic oath.

“I said ‘Congratulations. You are now a Muslim and your name is Nawaz Sharif Zardari.’”

When asked why he chose the hybrid of two Pakistani presidents’ names, the Pakistani immigrant laughed and said he had been watching a South Asian news channel moments before the confrontation.

Sohail said the man fled the store when he turned away to get the man some free milk.

He said police might still be looking for the suspect but he doesn’t intend to press charges.

“The guy, you know, everybody has a hard time right now, it’s too bad for everybody right now in this economy,” said the storekeeper.

Sumber asal di sini

Akhlak Islam boleh menarik minat hatta seorang pencuri. Pintu hidayah boleh terbuka hatta ketika mencuri. Maka ingatlah wahai sahabat, ajaklah manusia kepada kebenaran dengan keindahan Islam. Islam itu indah, kitalah yang menjadi agen penyebar keindahan tersebut.

Saya teringat kisah seorang imam di sebuah negara barat, yang menyebabkan pemandu bas yang sering dinaikinya memeluk Islam, hanya kerana beberapa sen terlebih yang dipulangkannya.Rupanya si pemandu sengaja memberi duit lebih dari sepatutnya untuk menguji si imam akan akhlak Islami. Betapa beberapa sen itu boleh menjadi perbezaan antara seseorang itu kita tunjuki hidayah kepadanya atau memburukkan lagi imej Islam padanya.

Jom, kita jadi agen keindahan Islam yang kita cintai…

Filed under Berita, Dakwah having 3 Comments »

Rehlah UK & Ireland The Return

June 3rd, 2009 by Aljoofre

InsyaAllah, saya akan bertolak untuk rehlah dakwah ke United Kingdom dan Ireland sekali lagi. Rehlah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia Ireland dengan kerjasama iluvislam.com dan persatuan-persatuan mahasiswa di United Kingdom. Berikut adalah jadual ringkas perjalanan saya (yang melibatkan penerbangan);

5 Jun2009

10.30 pagi : Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
1.30 tengahari : Tiba di London Heathrow Airport, UK
4.50 petang : Bertolak dari London Heathrow Airport
6.05 petang : Tiba di Dublin

12 Jun 2009

3.30 petang : Bertolak dari Dublin
4.45 petang : Tiba di London Stansted

20 Jun 2009

3.00 petang : Bertolak dari London Heathrow Airport
9.45 malam : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah

Buat adik-adik di UK dan Ireland, untuk tentatif lengkap bagi tempat dan tajuk-tajuk kuliah yang akan diberikan, sila rujuk persatuan mahasiswa di tempat masing-masing ya.

Doakan saya.

« Previous Entries