Aljoofre Meredah Usia

Archives Posts

Doakan Kepulangan

June 30th, 2008 by Aljoofre

Bismillah walhamdulillah wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, wa’ala alihi wasohbihi waman walah, waba’d…

Kisah catatan Rehlah Dakwah UK & Ireland saya terpaksa berhentikan sementara waktu.

InsyaAllah jam 8 pagi ini, saya akan memulakan perjalanan pulang ke Mesir yang dirindui. Jadualnya, saya akan tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada jam 1245 pagi, 1 Julai 2008.  Saya akan transit lebih kurang 7 jam di Heathrow, London.

Apapun, doakan perjalanan saya. Moga saya selamat sampai ke Kaherah, dalam keadaan sihat walafiat, dan dapat meneruskan kerja dakwah di bumi para Nabi itu semula. Terima kasih jua buat semua yang membantu saya samada saya bersua muka mahupun tidak, samaada secara langsung mahupun tidak, sepanjang kembara saya di bumi UK & Ireland. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua. Maafkan saya atas segala kekurangan.

Sekali lagi, doakan saya ya…

Filed under Musafir having No Comments »

Archives Posts

Rehlah Dakwah UK & Ireland 5 (Cardiff – Liverpool)

June 29th, 2008 by Aljoofre

Jumaat, 13 Jun 2008

Seawal jam tiga pagi saya sudah bersolat Subuh. Selesai bersiap, saya bersama Aufa keluar ke Stesyen Keretapi Cardiff Central.  Berjalan kaki di pagi hari. Hari sudah mula terang. Tepat jam 4 pagi, keretapi Arriva Trains Wales (Trenau Arriva Cymru bahasa Welshnya), mula bergerak.

Seperkara yang saya kagumi di UK ini adalah ketepatan waktu pengangkutan awamnya. Lambat seminit, alamatnya terlepaslah anda. Mereka cukup diajar ketepatan waktu. Malang ya, di negara-negara Islam saya tidak pernah dengar ada sistem sedemikian. Sedangkan Islam sendiri sentiasa mengajar kita supaya menepati janji.

Read the rest of this entry »

Filed under Dakwah, Musafir having 3 Comments »

Archives Posts

Rehlah Dakwah UK & Ireland 4 (Cardiff)

June 27th, 2008 by Aljoofre

Bumi Cardiff, Wales selama tiga hari saya berada di sana, dicucuri hujan. Kadang lebat kadang renyai. Sejuk sungguh. Terfikir, beginikah musim panas di bumi UK? (rasa tidak layak mereka menggelarkan musim ini musim panas :-) ) Mereka menyalahkan “global warming”, menyebabkan cuaca dunia sudah tidak menentu lagi. Saya terbayang, tanpa global warming ini, berapakah suhu pada musim panas mereka ya? Dengarnya sekitar 20 darjah celcius.

Dengarnya di Mesir juga hujan, pada hari pertama saya di UK. Tetapi Mesir tetap panas pada musim panasnya. Suhu sekitar 40 darjah celcius itu normal bagi mereka yang menetap di Mesir. Saya katakan kepada kawan-kawan, kalau hendak rasa negara bermusim yang betul, datanglah ke Mesir atau beberapa negera Arab lain. Sejuknya sampai ke 3 darjah celcius. Panasnya pula mencecah 43 darjah celcius. Barulah merasai nikmat bermusim kan?

Read the rest of this entry »

Filed under Dakwah, Musafir having No Comments »

Archives Posts

Rehlah Dakwah UK & Ireland 3 (Cardiff)

June 26th, 2008 by Aljoofre

11-12 Jun 2008

Saya sebenarnya gembira melihat Akh Aufa, Akh Wan Sah dan kawan-kawan serumah mereka. Setiap seorang cukup menjaga waktu solat di masjid. Mereka menjadikan solat di masjid satu kewajipan ke atas mereka. Sikap pemuda yang hati sentiasa terikat dengan masjid. Teringat hadis 7 golongan yang mendapat perlindungan di bawah lindungan Allah di Akhirat nanti.

Pagi ini bermula Deen Intensive Cardiff (DIC). Program ini berlangsung selama dua hari di Majid Darul Isra’. KItab yang saya bacakan adalah kitab kecil tapi cukup bernilai, karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, rahimahullah, berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Hidayah).

Read the rest of this entry »

Filed under Dakwah, Musafir having No Comments »

Archives Posts

Rehlah Dakwah UK & Ireland 2 (Cardiff)

June 25th, 2008 by Aljoofre

10 Jun 2008

Solat subuh di masjid jam 4.15 pagi. Terkejut saya, apabila keluar dari rumah jam 4.10 pagi, matahari sudah hampir naik. Rupanya subuh sudah lama masuk (lebih kurang jam 2.40 pagi kalau tidak silap saya). Cuma masjid sahaja menunaikan solat berjamaah agak lambat, memudahkan jamaah hadir.

Pulang dari masjid, adik-adik serumah Aufa, menyambung tidur. Saya pula membuka komputer, membaca akhbar. Ketinggalan sehari berita terkini rasa bagai terlalu lama. Kemudian, membuka laman iLuvIslam. Memerhati laman-laman soal jawab agama. Mana yang perlu diedit, saya edit. Mana yang perlu dipindah kategori, saya pindahkan. Mana yang perlu dijawab persoalan, saya jawab. Mana yang perlu ditegur, saya akan menghantar PM kepadanya. Soalan yang saya tidak sempat jawab, saya akan hantar pesanan di YM sahabat moderator lain, untuk menjawab, serta saya berikan pandangan saya tentang permasalahan, serta buku-buku yang boleh dijadikan rujukan.

Read the rest of this entry »

Filed under Dakwah, Musafir having No Comments »

Archives Posts

Rehlah Dakwah UK & Ireland 1 (Kaherah – London – Cardiff)

June 25th, 2008 by Aljoofre

9 Jun 2008

Sejurus solat Subuh di Surau Sarawak, Kaherah, saya begegas ke Surau Selangor berhampiran. Sudah berjanji dengan adik-adik di sana untuk menziarahi sebelum berangkat ke lapangan terbang. Akh Nurhan (mantan YDP Badan Anak Selangor), menghadiahkan sehelai selendang (syal) hijau. Kami berbincang pula pembelian kitab Syarh Yaqutunnafis yang insyaAllah akan saya bacakan di Rumah Selangor sebaik pulang dari permusafiran nanti. Akh Adlan (BP PMRAM), berjanji untuk cuba menguruskannya.

Pulang ke rumah, menyiapkan beg dan diri, dikunjungi pula oleh adik-adik untuk berbincang projek terjemahan beberapa kitab. Sejurus mereka pulang, Akh Hairul Nizam (mantan Presiden PMRAM) pula tiba. Tokoh yang hebat di kalangan rakyat Malaysia di Mesir ini, selain ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan,  ingin menghantar saya ke Lapangan Terbang. Terharu saya.

Lebih kurang jam 10.30 pagi kereta Mitsubishi putih Along, dipandu oleh Akmal membawa kami ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Tiba di lapangan terbang, rasanya masih awal untuk saya check-in. Berbincang dahulu beberapa perkara yang perlu kami fikirkan sebelum saya “bercuti”  ke UK dan Ireland dari kerja di Mesir, selama 3 minggu.

Read the rest of this entry »

Filed under Dakwah, Musafir having No Comments »

Archives Posts

Muqaddimah Kedua

June 19th, 2008 by Aljoofre

Bismillah…

Seolah-olah ini adalah muqaddimah kedua kepada blog Aljoofre Meredah Usia. Setelah lebih tiga tahun dengan ratusan entry sudah ditulis di dalam blog lama, maka saya rasakan sudah tiba masanya untuk berpindah ke blog yang baru yang lebih “user-friendly” dan “reader-friendly”.

Rehlah dakwah ke bumi United Kingdom dan Republik Ireland kali ini, mempertemukan saya dengan adik-adik pengasas portal iLuvIslam.com yang mencadangkan agar dimantapkan semula blog saya. Timbul terus cadangan agar dimasukkan blog ini di bawah host iLuvIslam.com.

Saudara Nurul Imran Koyube (Presiden ILuvIslam.com) lantas ketika itu juga menyediakan ruang untuk blog ini, dan terus mereka bentuk “design” blog baru ini. Kredit buat beliau.

Moga Allah berkati usaha ini, dan mohon kalian semua mendoakan kami agar istiqamah dan diberikan keikhlasan dalam amal Islami. Allahu Akbar!

Filed under Peribadi having 4 Comments »